1. Kami berlima menyewa rumah ini dari Encik Rosli. Beliau merupakan seorang yang amat peramah. Pada malam pertama kami masuk ke rumah ini kami beramai-ramai telah membaca yassin demi memberkati serta mendoakan kesejahteraan sepanjang kami menetap di rumah ini.
2. Sabtu. Aku dah balik KL. Along pun dah balik KL. Tinggal Amer, Razi & Pigie je kat umah. Razi bangun pukul 4 pagi sebab dia & Amer nak balik KL awal pagi lepas subuh. Tiba-tiba dia dengar suara Amer gelak kat bawah macam ada benda yang lawak tahap maksima.
"Amer, pagi tadi pesal ko gelak kuat-kuat kat bawah?"
"Eh! Aku kan tak bangun lagi. Aku tak gelak & bila masa aku turun bawah pagi tadi?"
"...."
3. Rabu. Razi nak balik KL awal sebab pukul 12 adik dia dah nak naik flight balik Mesir. Pukul 4.30 pagi Razi dah keluar rumah. Sekitar kawasan perumahan ni hanya ada beberapa rumah je yang berpenghuni. Kawasan perumahan baru. Masa nak naik kereta Razi tengok pintu rumah kosong kat sebelah terbuka. Dengan cepat Razi pun start enjin & pecut ke depan tak pandang belakang dah.
4. Jumaat. Aku & Razi balik KL semalamnya. Along & Pigie da balik pukul 8 pagi. Amer tido dalam bilik atas sampai pukul 5 petang. Dalam pukul 2 petang, tuan rumah, Encik Rosli dan anaknya datang nak hantar cangkul yang kitorang nak pinjam hari tu. Pagar rumah terbuka luas. Pintu rumah bertutup tetapi tingkap terbuka sedikit. Samar-samar Encik Rosli dapat melihat TV sedang terbuka. Selepas beberapa kali memberi salam dan mengetuk pintu tiba-tiba seorang budak lelaki membuka pintu dan mengambil cangkul yang dibawa oleh Encik Rosli.
Kami datang ke rumah terbuka Encik Rosli.
“Eh, hari tu saya ada hantar cangkul. Dapat tak?”
“Tak dapat.”
“Hari tu saya bagi kat budak kecik. Adik siapa?”
“Tapi mana ada kami pernah bawak adik kami masuk rumah”
“......”
Setelah habis rumah terbuka kami pun kemudian segera kembali ke rumah. Masing-masing berasa gelisah untuk memasuki rumah ditambah pula dengan waktu malam ketika itu. Dilihat di belakang rumah terdapat cangkul hitam yang terpacak di tanah. Masing-masing saling berpandangan...
5. Pigie sedang menonton TV. Kedengaran bunyi tapak kaki menuruni tangga lantas dia menoleh. Di sangkanya Razi atau Amer, tetapi tiada siapa. Razi juga selalu menghadapi kejadian aneh ini. Kedengaran bunyi tapak kaki menuruni tangga, tetapi apabila ditoleh tiada siapa yang turun...
6. Dia sedang tidur selepas solat maghrib. Sambil mendengar mp3 player dia pun terlelap. Pukul 9 lebih. Dia tersedar tetapi tidak dapat bangkit. Terasa begitu berat badannya. Dicuba juga menggagahkan dirinya itu. Akhirnya dia pun tidak sedarkan diri. Pening kepala yang teramat dapat dirasakan pada waktu itu. Pukul 12. Mp3 nya mula memainkan surah yassin yang dia simpan dalam playlistnya itu. Dia terkejut lantas segera bangkit. Peluh membasahi tubuhnya. Lantas dia segera bangun untuk solat isya.
7. Aku sedang menonton TV. Tiba-tiba kedengaran bunyi air kolah melimpah di tandas bawah. Aku segera pergi untuk menutup pili. Sangkaanku mungkin Razi atau Pigie tak tutup rapat-rapat selepas mandi. Tapi pada waktu itu tengah malam & rakan-rakan serumah yang lain sudah tidur.
Pigie & aku sahaja tinggal di rumah. Kami baru sahaja balik dari gerai makan. Pigie ke tandas untuk membuang air kecil sebelum kembali menonton siaran langsung bola sepak. Selang beberapa minit, aku pula ke tandas. Dilihat paip air kolah sedang terbuka & air kolah semakin penuh. Aku memusing pili paip 3 pusingan & menutupnya ketat-ketat.
“Pigie, ko tak tutup pili kolah ke tadi?”
“....”
“....”
“Aku tak bukak... Aku pakai gayung tapi aku tak bukak air”
“....”
“Sumpah aku tak bukak...”
“....”
8. Amer pergi jogging petang tu. Along pergi main bola. Razi tak ada kat rumah. Aku kat atas tengah online. Pigie solat asar di bawah. Sedang hampir selesai solat Pigie terdengar bunyi pintu grill dibuka orang dan pintu rumah terbuka. Selepas memberi salam dan sedang dia bertafakur sebentar kedengaran bunyi kibasan di luar rumah. Disangkanya Amer sudah balik dari berjogging. Pigie pun keluar untuk melihat. Tetapi pintu pagar masih berkunci...
9. Najib, Safwan & Azizi datang bermalam di Tambun. Waktu itu Maghrib. Kami semua di atas kecuali Najib & Amer. Semua mahu mandi. Najib menunggu giliran untuk mandi. Di sangkanya Amer sedang mandi kerana terdengar bunyi limpahan air kolah di tandas bawah.
Razi turun mencari Amer.
“Mana Amer, Najib?”
“Tengah mandi.”
Tiba-tiba Amer masuk dari pintu depan. Dia baru sahaja lepas menjawab panggilan seseorang.
“Bukan ko tengah mandi ke Amer?”
“Eh! Aku tak masuk toilet pun lagi ni....”
Along yang baru sahaja turun pada waktu itu pun segera ke tandas untuk menutup pili air kolah. Masing-masing mendiamkan diri sahaja.
10. Sedang kami bermain badminton di luar, tiba-tiba zul datang melihat kami bermain sambil bersembang dengan kami.
“Abang nak tau tak? Tempat ni ada hantu”
“Ye? Kat mana dik?”
“Kat sini lah bang. Sini kawasan lombong dulu”
“....”
..merdekakah kita?..
-
Episod 14..dan saya masih lagi mendengar suara2 mereka berkata begitu, walau bagai hendak naik radang cochlea ini diasak oleh ayat-ayat itu, ianya masih lagi...
3 hours ago




